AL KISAHNYA USUS dan PERUT
Pencernaan merupakan proses di mana makanan yang besar dipecahkan kepada bentuk yang kecil, seterusnya dipecahkan lagi kepada molekul yang lebih kecil untuk diserap ke dalam badan sebagai sumber tenaga atau sebagai sumber penting untuk badan menjalankan satu-satu fungsi. Dalam entri ini saya akan susun kembali kronologi pencernaan makanan oleh seorang manusia, dan anda sebagai seorang manusia yang prihatin kepada tubuh yang dipinjam ini harus membayangkan kronologi ini ketika anda sedang makan agar anda lebih menghayati dan menghargai konsep makan dalam hidup seorang manusia.Dan jangan kita lupa bahawa perut kita juga perlu di berus. Antara kaedah yang mudah bolehlah mencuba NUTRELLE....
1 – Beberapa minit sebelum makan – Fasa “cephalic” bermula apabila deria penglihatan dan bau mula mengesan sesuatu yang agak “lazat” untuk dimakan. Ini disusuli dengan tindakbalas beberapa kelenjar yang mula merembeskan beberapa enzim penting pencernaan seperti air liur (amylase) dan jus perut, meskipun makanan belum lagi masuk ke dalam sistem pencernaan.
2 – Di saat makanan dimasukkan ke dalam mulut - Ketika gigi dan rahang sedang asyik menghancurkan makanan, “tastebuds” yang ada pada permukaan lidah mula mengesan komponen kimia yang ada dalam makanan tersebut seterusnya laporan dihantar dalam tempoh beberapa mili saat ke otak. Otak mentafsir laporan yang diterima dengan memberitahu diri anda “Makanan ini rasanya masam-masam manis, lemak berkrim, lazat oh la la sekali rasanya” atau “Makanan ini rasanya pahit, tak sedap“.
3 - Pada masa yang sama, makanan yang dihancurkan ini disebatikan dengan air liur (enzim amylase) yang sedia banyak. Amylase ini berfungsi untuk memecahkan rantai-rantai kanji panjang yang ada dalam sumber karbohidrat seperti roti, kentang atau nasi agar menjadi lebih pendek strukturnya. Amylase juga mengandungi “mucin” yang berfungsi untuk melembutkan lagi makanan agar mudah melepasi saluran penghadaman (gastrointestinal tract). Pada peringkat ini, lemak dan protein masih belum dipecahkan lagi strukturnya.
4 – Kurang dari 30 saat selepas dikunyah – Makanan yang separa hancur dan digaul dengan amylase tadi mula ditelan dan masuk ke saluran Esofagus (panjangnya salur ini adalah dari tekak hingga ke perut). Esofagus ini merupakan saluran berotot, boleh mengembang dan mengecut, dan kelebihan ini digunakan untuk mengangkut makanan yang dikunyah tadi sehinggalah ia sampai ke perut. Gerakan mengembang dan mengecut saluran berotot ini dikenali sebagai “Peristalsis”. Secara purata masa untuk makanan ini sampai dari tekak ke perut adalah 6 saat.
5 – 1 minit telah berlalu – Makanan selamat sampai dalam perut anda. Alhamdulillah. Naik LRT pun tak cepat macam ni. Sifat dinding perut yang elastik membuatkan saiz perut yang asalnya kosong (50ml isipadu) kini mula membesar dan terus membesar sehingga mampu menjangkau 1500ml isipadu atau lebih, bergantung pada saiz makanan dan isipadu minuman yang diambil.
6 – Dinding perut terdiri dari 3 lapisan otot berbeza yang membantu untuk menggauli makanan-makanan ini bersama jus-jus pencernaan yang bersifat asid. Asid Hidroklorik (HCL) mula menghentikan tindakan Amylase dan dalam masa yang sama membunuh kuman-kuman/bakteria yang mungkin hadir menerusi makanan tersebut, atau bakteria-bakteria yang sedia ada dalam mulut/celah gigi anda yang terbawa bersama makanan ini juga dibunuh pada ketika ini.
7 - Enzim kedua iaitu pepsin mula bertindak dengan memecahkan struktur protein dari sumber protein seperti ayam, ikan, daging, telur dan tenusu agar menjadi molekul yang lebih ringkas. Pada ketika ini, tinggal lemak sahaja yang belum mula dicernakan lagi sedangkan karbohidrat dan protein telah mula dicernakan.
8 - Masa berlalu dan makanan terus diisi dan diisi dalam perut sekaligus membuatkan
hormon ghrelin mula berkurangan. Apa itu Hormon ghrelin? Sel-sel yang terdapat pada dinding perut juga menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai “Ghrelin”. Hormon ghrelin berfungsi untuk mengaktifkan rasa lapar apabila parasnya meningkat, kebiasaannya ia dirembes dengan banyak ketika perut “kosong”, tetapi parasnya mula berkurangan apabila perut mula penuh diisi dengan makanan. Hormon ini merupakan sebahagian dari sistem komunikasi antara perut dan otak yang mana seterusnya ditafsir oleh otak sama ada anda masih lapar atau sudah kenyang. Sekiranya anda makan terlalu laju/gelojoh, ada kemungkinan anda akan makan secara berlebihan kerana
otak lambat mentafsir signal dari sistem komunikasi ini.
9 – Sepanjang tempoh 2-3 jam selepas makan – Dibantu air yang diminum selepas makan, makanan yang separa cerna (pejal) tadi telah mula bertukar rupa/fizikal sedikit demi sedikit sehingga menjadi cair pekat berkrim (seperti kuah Campbell Soup, tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat). Kini ia tidak lagi dikenali sebagai makanan, sebaliknya dikenali sebagai “chyme“. “Pyloric sphincter” mula melonggarkan ikatannya dan sedikit demi sedikit chyme masuk ke dalam bilik yang baru, iaitu Usus Kecil. Untuk satu sesi bukaan, hanya kira-kira 3ml chyme sahaja yang akan dipancutkan ke dalam usus kecil. Bukaan sphincter ini pula adalah kecil sahaja justeru makanan yang belum bertukar kepada chyme tidak boleh masuk selagi tidak menjadi chyme sepenuhnya.
10 – Selepas 2-3 jam anda makan – Kini sebahagian besar chyme dari makanan yang dimakan tadi sudah berada dalam usus kecil. Pencernaan lemak baru sahaja bermula pada ketika ini (dengan kehadiran enzim Lipasedari Pankreas) dan ia berlaku pada bahagian awal usus kecil yang dikenali sebagai duodenum. Pencernaan dan penyerapan lemak, protein dan karbohidrat juga berlaku dalam usus kecil. Pada ketika ini 3 organ akan memainkan peranan penting mereka:
- Hempedu (gall bladder) – membekalkan “bile salts” untuk memudahkan penyerapan lemak.
- Pankreas – membekalkan komponen bikarbonat untuk meneutralkan kembali chyme yang bersifat asid (sebab dah bergaul dengan jus perut tadi); juga membekalkan enzim tambahan Trypsin dan Chymotrypsin untuk memecahkan lagi protein menjadi lebih ringkas (peptida + asid amino) dan enzim pancreatic amylase untuk menyambung kembali proses menukarkan karbohidrat (kanji) kepada oligosaccharides.
- Usus kecil itu sendiri – dindingnya mengandungi sel yang berfungsi meneutralkan kembali asid disamping membekalkan enzim pencernaan untuk memecahkan lagi nutrien menjadi komponen yang LEBIH ringkas. Villi pada permukaannya berfungsi menyerap nutrien untuk disalurkan terus ke darah. Villi berbentuk seperti jejari panjang, tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi luas permukaan agar mampu menyerap lebih banyak nutrien pada satu-satu masa.
11 – Selepas 5 jam anda makan – Sebahagian besar nutrien telah diserap dan majoriti yang tinggal adalah saki-baki campuran molekul triglyceride, monoglycerides dan asid lemak bebas (kesemuanya berasal dari komponen lemak). Lemak sememangnya mengambil masa yang lama untuk dihuraikan menjadi molekul yang lebih kecil (rujuk bahagian “Makanan Berlemak” dalam
entri ini).
12 - Selari dengan kehadiran chyme yang baru masuk (orang yang kuat makan chyme nya mesti tak henti-henti masuk berbanding orang mempunyai
timing makan yang baik), chyme yang sedia akan terus maju bergerak menyusuri usus kecil disamping nutrien dan air darinya juga diserap. Sehingga satu ketika, chyme yang sedia ada sudah sampai ke pintu sempadan “usus kecil – usus besar”. Pada ketika ini majoriti nutrien dalam chyme sudah diserap dan apa yang tinggal hanyalah “bahan-bahan yang tidak boleh diserap”. Kenapa tidak boleh diserap? Kerana saiznya masih besar dan tidak muat untuk diserap oleh villi ke dalam darah. Kenapa saiznya masih besar? Kerana tiada enzim yang boleh memecahkan ia menjadi molekul yang lebih ringkas. Sebagai contoh cellulose yang membentuk komponen ‘
serat makanan‘. Chyme yang tinggal ini seterusnya dihalau keluar ke usus besar untuk proses seterusnya.
13 – Selepas 8 jam anda makan – Episod seterusnya berlaku dalam usus besar sepanjang 1.5 meter dan mengandungi lebih 400 spesis bakteria termasuklah
E. coli. Bakteria-bakteria ini, dikenali sebagai “Normal Flora”. Kehadiran saki baki chyme yang tidak terserap tadi merupakan pesta buat bakteria-bakteria ini kerana saki baki makanan yang tidak dicerna/diserap ini merupakan makanan mereka (seterusnya dipecahkan lagi molekulnya oleh mereka). Pada peringkat ini, hanya air sahaja yang akan diserap oleh tubuh berserta saki baki sodium. Selari dengan pergerakan saki baki ini menyusuri usus besar, kandungan air di dalam saki baki ini makin berkurangan, seterusnya semakin mengeras lalu menjadi pejal. Pepejal ini pula akan disimpan dalam “
launching dock” yang dikenali sebagai “rectum”, sebelum dilepaskan, “
blast off” sebagai
TAHI apabila tiba masanya.
Demikianlah kronologi perjalanan sebuah subjek yang dikenali sebagai “makanan”. Semoga selepas membaca entri ini anda sedikit sebanyak akan lebih perut.Selama ini tidak tahu akan hal ini pastinya hanya mengetahui 2 perkara sahaja – makan dan berak, makan dan berak, DAN makan dan berak. Apa yang berlaku di antara “makan” dan “berak” itu, mereka tidak pernah sedar atau ambil tahu. Tahniah, kerana anda sudah ambil tahu.