Secara umumnya, manusia mempunyai 2 jenis umur. Jenis umur yang pertama adalah “Usia Kronologi” atau Chronological Age. Usia Kronologi ini adalah ukuran usia anda sejak dilahirkan berdasarkan tahun kalendar – katakan anda lahir pada tahun 1980, maka Usia Kronologi anda pada tahun 2010 adalah 30 tahun. Rasanya hampir semua tahu Usia Kronologi masing-masing.

Jenis umur yang kedua, “Usia Biologi” atau Biological Age merupakan satu konsep yang memberitahu umur purata satu-satu populasi yang setara dengan keadaan tubuh badan dan minda yang anda miliki pada waktu tersebut. Dalam erti kata lain, sekiranya Usia Kronologi anda adalah 30 tahun, tetapi Usia Biologi anda adalah lebih rendah dari itu, bererti Usia Biologi anda bersamaan dengan purata Usia Kronologi mereka yang lebih muda dari anda waktu itu – ini petanda yang baik dan menunjukkan tubuh badan dan minda berfungsi dengan baik justeru tidak dimamah dengan kesan penuaan. Bahasa mudahnya, awet muda.
Namun sekiranya Usia Kronologi anda adalah 30 tahun, tetapi Usia Biologi anda adalah lebih tinggi dari itu, ini petanda yang tidak baik dan menunjukkan tubuh badan dan minda anda sedang dimamah dengan kesan penuaan. Bahasa mudahnya, umur saja 30 tahun, tapi cara jalan, buat kerja, tidur, berfikir, rentak degupan jantung, dah macam atuk-atuk di usia emas.
Menurut Jackson et al (2003) dalam journal yang disiarkan di PubMed berjudul “Biological age–what is it and can it be measured?“, terdapat 16 kriteria yang boleh dipertimbangkan dalam mengukur Usia Biologi seseorang. Kriteria-kriteria itu adalah: kepekatan prostacyclin dalam fibroblasts, kelikatan membran sel, electroretinogram, regulasi baroreflex degupan jantung, kepekatan lymphocytes, ketumpatan dan pergerakan leucocyte, kekuatan genggaman (grip strength), sel corneal endothelium dan buccal epithelium, mobiliti otot tengkuk, dan isipadu maksima hembusan nafas (vital capacity). Kriteria-kriteria ini dikatakan akan menurun (declining) dalam diri seseorang itu sebanyak 1% setiap tahun.
Mungkin kriteria-kriteria di atas akan melibatkan penentuan Usia Biologi yang lebih tepat, namun kaedah pengiraannya pasti kompleks. Justeru terdapat lebih banyak lagi formula yang boleh digunakan dalam menganggarkan Usia Biologi anda dengan lebih mudah dan pantas.
Di sini saya sediakan kaedah yang boleh anda guna dalam menentukan berapa Usia Biologi anda:
Biological-age.com – Menggunakan kaedah soal-selidik (kuiz) yang hanya mengambil masa 2 minit untuk dijawab. Interface nya juga menarik dan cool. Yang ini lebih terperinci dari Bupa.com.au kerana ia akan tanya kita berapa banyak push up yang kita boleh lakukan, berapa kali bersenam, bagaimana rupa diet kita, berapa bacaan tekanan darah dan kolesterol, berapa kali buat medical check-up dan beberapa lagi (untuk soalan “Where do you live“, sila pilih pilihan “China”, melainkan anda adalah “orang puteh mat salleh”). Jumlah skor yang diperolehi nanti bakal menentukan berapa Usia Biologi anda berbanding Usia Kronologi anda sekarang. Klik sini untuk mencubanya.
Haaa, yang ni punya dapat nilai yang lebih cantik, yes! Tapi rasanya "knocked of 8 years" tu dia salah kira, sepatutnya lebih sedikit dari tu, sebab usia kronologi saya bukan lagi 25. Yang ni pun kira best juga sebab dia siap bagi nasihat lagi di bawah result kita. Memang tidur saya terabai sedikit sejak sibuk dengan tesis ni. Terima kasih atas peringatannya, saya akan ambil perhatian!
Bagaimana pula dengan anda?

Categories: